Ramai umat Islam mengunjungi masjid atau surau untuk tujuan menunaikan ibadah tetapi peranan masjid sebenarnya lebih daripada itu.
Mesej utama yang perlu diketengahkan masjid dan institusi Islam perlu berperanan bukan sahaja sebagai pusat ibadah, tetapi juga sebagai institusi pembinaan akhlak, pemulihan nilai, penyatuan masyarakat dan penyelesaian masalah ummah.
Dalam menghadapi cabaran semasa seperti kemerosotan adab, krisis integriti, penyebaran fitnah, pengaruh negatif media sosial dan keretakan hubungan kekeluargaan, institusi Islam perlu memperkukuh pendekatan dakwah yang lebih menyeluruh, dekat dengan masyarakat dan berorientasikan penyelesaian.
Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, Zuhaimi Abdul Rahim berkata, masjid perlu berfungsi sebagai pusat pembinaan akhlak dan integriti serta menjadi tempat membina insan yang amanah, jujur, berdisiplin dan bertanggungjawab.

“Maka, pengisian agama hendaklah menghubungkan ibadah dengan amalan harian, termasuk integriti dalam pekerjaan, kejujuran dalam perniagaan dan keadilan dalam kepimpinan.

Kejayaan pengimarahan masjid bukan hanya diukur melalui jumlah jemaah dan program, tetapi juga melalui kesan positif terhadap akhlak dan kehidupan masyarakat.
Dalil al-Quran — Surah al-‘Ankabut, ayat 45
Maksudnya: “Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang; sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
Zuhami berkata, ibadah sepatutnya membentuk akhlak dan mendorong seseorang menjauhi kemungkaran.
Beliau menjelaskan masjid sebagai pusat penyatuan dan keharmonian masyarakat dengan menjadi ruang yang menyatukan tanpa mengira latar belakang, kedudukan sosial atau kemampuan ekonomi.
Sebab itu katanya perlu ada pendekatan mengurangkan budaya menghukum dan melabel, sebaliknya membudayakan nasihat, dialog, saling menghormati dan penyelesaian konflik secara berhikmah.
Dalam masa sama, masjid perlu berperanan memperluas hubungan antara masjid, keluarga, golongan profesional, belia dan komuniti setempat.
Dalil al-Quran — Surah Ali ‘Imran, ayat 103
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.
Beberapa lagi peranan masjid antaranya kata beliau memperkukuh ukhuwah dan menjadi tempat masyarakat mencari titik persamaan, bukan memperbesar perbezaan selain memerangi fitnah dan memulihkan adab dalam dunia digital Institusi Islam perlu mendidik masyarakat agar menyemak kesahihan berita sebelum menyebarkannya.
Dalam masa sama, masjid menjadi fokus dalam usaha menangani budaya mengaibkan, memfitnah, membuli siber dan menghukum seseorang berdasarkan maklumat yang belum disahkan dan memberi panduan penggunaan media sosial dan kecerdasan buatan (AI) secara beretika, termasuk dalam pencarian maklumat agama.
Ini dinyatakan dalam Surah al-Hujurat, ayat 6
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya”
Maka dengan itu katanya, prinsip tabayyun perlu menjadi budaya masyarakat supaya teknologi digunakan untuk menyebarkan kebaikan, bukan mencetuskan fitnah dan permusuhan.
Akhir sekali kata beliau, masjid sebagai pusat kebajikan dan penyelesaian masalah ummah, memperkukuh bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah, warga emas, orang kurang upaya, musafir dan golongan yang memerlukan, justeru menjadi peranan Ahli Jawatnkuasa (AJK) masjid supaya menjadikan institui tersebut sebagai platform mengembangkan peranan dalam pendidikan keluarga, bimbingan kerohanian, pembangunan belia dan sokongan komuniti.
Jadikan pelbagai program sebagai sebahagian daripada pengimarahan masjid, bukan aktiviti sampingan semata-mata.
Hadis sahih — Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Maksudnya: “Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.” Inti perkongsian: Masjid yang prihatin ialah masjid yang kehadirannya dirasai melalui bantuan, bimbingan dan manfaat yang diberikan kepada masyarakat.
Kerjasama antara institusi masjid, universiti, sekolah dan keluarga perlu diperkukuh untuk membentuk generasi berilmu, beradab dan berintegriti.
Dalil al-Quran — Surah Luqman, ayat 17
Maksudnya: “Wahai anakku, dirikanlah solat, suruhlah berbuat yang makruf, cegahlah daripada yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”
“Masjid dan institusi Islam perlu dilihat sebagai rakan strategik dalam memulihkan nilai masyarakat. Peranannya tidak boleh terbatas kepada pengurusan ibadah dan penyampaian ilmu agama semata-mata, sebaliknya perlu diperluas kepada pembinaan akhlak, pemerkasaan keluarga, pembangunan belia, kebajikan dan pengukuhan integriti ujar beliau lagi
Prinsip tabayyun, amanah, ihsan dan ukhuwah perlu diterjemahkan melalui tindakan yang nyata.
Kita perlu melahirkan masjid yang bukan sahaja makmur dengan jemaah, tetapi turut memberi manfaat kepada masyarakat; bukan sahaja menjadi tempat mencari ketenangan rohani, tetapi juga menjadi pusat penyatuan, pendidikan dan kebajikan ummah. Inilah pendekatan yang perlu diperkukuh bagi memastikan Islam terus berperanan sebagai rahmat kepada seluruh alam.
ZUHAIMI ABDUL RAHIM
Tempat Lahir: Temerloh Pahang
Pekerjaan : Pengarah Pusat Islam UPM
Jawatan lain:
Nazir Masjid Universiti Putra Malaysia
Pengerusi Majlis Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Awam (MAHEIS)
Jawatankuasa Syariah Koperasi UPM
Pendidikan
Sekolah Menengah Agama Al- Khairiah Temerloh, Pahang
Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) Matrikulasi Bahasa Arab
Universiti Putra Malaysia
Bacelor Sastera Bahasa Asing (major Bahasa Arab (minor: Pembangunan Sumber Manusia)
Oleh itu kata Zuhaimi lagi, jadikan pelbagai program sebagai sebahagian daripada pengimarahan masjid, bukan aktiviti sampingan semata-mata, sebagai mana disebutkan dalam hadis sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Maksudnya: “Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.”
Dengan itu Zuhaimi , masjid yang prihatin ialah masjid yang kehadirannya dirasai melalui bantuan, bimbingan dan manfaat yang diberikan kepada masyarakat.
Kerjasama antara institusi masjid, universiti, sekolah dan keluarga perlu diperkukuh untuk membentuk generasi berilmu, beradab dan berintegriti.
Beliau berkongsi Dalil al-Quran dalam surah Luqman, ayat 17.Maksudnya: “Wahai anakku, dirikanlah solat, suruhlah berbuat yang makruf, cegahlah daripada yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”
“Masjid dan institusi Islam perlu dilihat sebagai rakan strategik dalam memulihkan nilai masyarakat. Peranannya tidak boleh terbatas kepada pengurusan ibadah dan penyampaian ilmu agama semata-mata, sebaliknya perlu diperluas kepada pembinaan akhlak, pemerkasaan keluarga, pembangunan belia, kebajikan dan pengukuhan integriti.
“Prinsip tabayyun, amanah, ihsan dan ukhuwah perlu diterjemahkan melalui tindakan yang nyata.
“Kita perlu melahirkan masjid yang bukan sahaja makmur dengan jemaah, tetapi turut memberi manfaat kepada masyarakat; bukan sahaja menjadi tempat mencari ketenangan rohani, tetapi juga menjadi pusat penyatuan, pendidikan dan kebajikan ummah. Inilah pendekatan yang perlu diperkukuh bagi memastikan Islam terus berperanan sebagai rahmat kepada seluruh alam, ” ujarnya. – UTUSAN










