Ayob Khan dedah pernah disiasat SPRM

Ayob Khan dedah pernah disiasat SPRM

Mantan Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Ceramah Perdana Mawlid di Pusat Konvensyen Martrade Kuala Lumpur hari ini. / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan bahawa beliau pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara utu berkata, beliau pernah menjadi subjek siasatan SPRM selepas dituduh melakukan pengubahan wang haram dan mempunyai kepentingan dalam perniagaan mewah.

Menurut beliau, tohmahan itu timbul kerana beliau kerap dilihat makan di sebuah kedai mamak, sehingga ada pihak mendakwa beliau mempunyai pegangan saham atau membuka rangkaian restoran bersama pemilik restoran berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia orang kata Datuk Ayob, dia buat pengubahan wang haram. Dia buka restoran dan ada 45 cawangan.

“Jadi, SPRM siasat dia. Dia orang siasat, Datuk Ayob. Hari-hari dia makan kat Q Bistro, mesti ada share kan,” katanya di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, di sini.

Beliau hadir sebagai panelis di Konvensyen Mawlid Perdana 6.0 anjuran gabungan pertubuhan India Muslim termasuk Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) dan Ikatan Muslim India Malaysia (IMIM).

Ayob Khan berkata, hasil pemantauan rapi yang dilakukan oleh pihak SPRM selama seminggu akhirnya membuktikan bahawa tuduhan tersebut sama sekali tidak benar.

Katanya, pegawai penyiasat SPRM terpaksa mengekori beliau setiap hari bagi merungkai gerak-geri dan rutin hariannya.

“Mereka ikut saya selama seminggu, mereka kata, tengok Datuk Ayob keluar rumah pukul 6.30 pagi, sampai pejabat pukul 7 pagi. Selepas itu tengah hari dia keluar, makan di kedai mamak juga, bawah pokok, lepas itu balik pejabat, petang dia jogging, malam balik ke rumah serta tidak keluar,” katanya.

Beliau berkata, pihak penguatkuasa akhirnya mendapati rutin harian beliau sangat membosankan dan `lurus’ kerana pergerakannya hanya terbatas di tiga lokasi utama sahaja.

“Selepas itu, (pegawai penyiasat SPRM) berhenti mengekori saya kerana saya hanya dari rumah ke pejabat dan kedai mamak, selepas itu ke rumah semula,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini