Empat bintang Fiji sandaran PDRM buru hatrik Piala Agong

Empat bintang Fiji sandaran PDRM buru hatrik Piala Agong

BARISAN pengurus pasukan pada sidang mesyuarat menjelang Piala Agong 2025 di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam. - IHSAN KRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletakkan harapan kepada kudrat empat pemain import dari Fiji untuk memburu kejuaraan hatrik Piala Agong musim ini.

Skuad yang bergelar The Blues itu berjaya menamatkan penantian 31 tahun pada edisi 2023 mahu mengekalkan dominasi mereka dalam kejohanan berprestij yang bermula 6 September hingga 25 Oktober ini

Setiausaha pasukan, Asisten Superintendan (ASP) Mohamad Hafiz Ahamad mengesahkan tiga daripada bintang Fiji sudah tiba di tanah air manakala seorang lagi akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Untuk tahun ini kami mengambil empat pemain import dari Fiji, tiga sudah berada di sini dan seorang lagi akan diputuskan kelak.

“Seorang daripadanya adalah pemain hadapan (penyerang) yang beraksi cemerlang bersama kita pada musim lalu,” kata Hafiz kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan menjelang Piala Agong di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, semalam.

Selain tonggak import itu, skuad PDRM turut mempertaruhkan enam pemain kebangsaan serta beberapa pemain berpengalaman yang pernah membawa mereka ke final dua musim berturut-turut.

Hafiz mengakui cabaran bakal datang daripada Johor yang diperkukuh dengan sentuhan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dan legenda dunia, Sonny Bill Williams.

“Kita tidak boleh nafikan usaha yang dilakukan Johor, tetapi fokus kita tetap kepada kekuatan pasukan sendiri,” jelasnya.

PDRM turut bertekad mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan seperti yang dicatatkan dalam kempen 2023 dan 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×