14 hari berkempen, tempoh untuk rakyat nilai kerajaan negeri

14 hari berkempen, tempoh untuk rakyat nilai kerajaan negeri

AB. Rauf Yusoh bersalaman dengan veteran UMNO dan pesara pada Program Sahabat Setia Mubarak Melaka di Villa D'Acqua, Kampung Pulau, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Tempoh 14 hari berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan peluang untuk rakyat menilai prestasi kerajaan negeri, sebelum menentukan pilihan pada 14 November ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ia bukan lagi masa kerajaan negeri menjanjikan bulan dan bintang, sebaliknya waktu untuk rakyat menghakimi segala usaha serta khidmat yang telah dilaksanakan sepanjang hampir lima tahun pentadbiran.

Menurutnya, dalam tempoh dua minggu ini, Barisan Nasional (BN) akan terus menyantuni rakyat dan menyerahkan kepada mereka untuk menilai apa yang telah dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, rakyat tidak akan terpengaruh dengan pelbagai janji yang dibawa pihak lawan kerana segala komitmen kepada rakyat telah dilaksanakan.

“Dalam dua minggu ini kita menyantuni rakyat dan menyerahkan kepada rakyat untuk menghakimi apa yang telah kita lakukan untuk mereka di bumi Melaka ini.

“Sebab itu saya minta rakyat agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang datang membawa janji-janji, seribu janji, kerana kita telah menyempurnakan janji kita pada hari-hari yang lepas,” katanya ketika ditemui pada Program Sahabat Setia Mubarak Melaka di Villa D’Acqua, Kampung Pulau di sini hari ini.

Ab. Rauf berkata, pendekatan ‘Melaka Sayang Rakyat’ yang diperkenalkan kerajaan negeri bukan sekadar slogan bermusim menjelang pilihan raya tetapi merupakan konsep khidmat kepada rakyat yang dilaksanakan secara berterusan.

Katanya, segala permasalahan rakyat ditangani secara terancang dan kerajaan negeri berusaha memastikan setiap aduan serta keperluan masyarakat diberikan perhatian sewajarnya.

“Melaka Sayang Rakyat ini satu konsep menyantuni rakyat, bukan kerana pilihan raya tetapi kerana kita berkhidmat untuk rakyat.

“Sejak dua tahun lalu, setiap masalah rakyat kita santuni dan selesaikan. Menjelang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), sebahagian besar masalah rakyat telah kita tangani dalam keadaan teratur dan terancang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini