Fathul Bari saman Hijrah Biru dan Malaysia Airlines tuntut baki RM 544,400

Fathul Bari saman Hijrah Biru dan Malaysia Airlines tuntut baki RM 544,400

FATHUL Bari Mat Jahya (kanan) semasa sidang media berkaitan tuntutan saman sivil oleh Rehla Travel Services Sdn. Bhd (Rehla) terhadap Hijrah Biru Sdn. Bhd. dan Malaysia Airlines (MAS) Berhad di Work@Clearwater, Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rehla Travel Services Sdn. Bhd. (Rehla) hari ini memfailkan tuntutan terhadap Hijrah Biru Sdn. Bhd. dan Malaysia Airlines Berhad bagi mendapatkan semula baki bayaran tiket penerbangan umrah yang tidak dipulangkan.

Pengarahnya, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, syarikatnya membayar deposit RM1.25 juta kepada Malaysia Airlines melalui Hijrah Biru, selain bayaran pembelian tiket dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.8 juta hingga RM1.9 juta.

Katanya, selepas penerbangan dibatalkan akibat Covid-19, hanya sekitar RM1.0 juta hingga RM1.3 juta dipulangkan manakala baki kira-kira RM544,400 ditahan atas alasan penalti pembatalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siapa boleh terbang ketika Covid-19? Hijrah Biru atau Malaysia Airlines sendiri pun tidak dapat mengesahkan tarikh penerbangan.

“Dalam masa sama, syarikat perlu terus membayar gaji pekerja. Demi keadilan, kami minta wang itu dipulangkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Fathul Bari, terma pembatalan memang menetapkan caj penalti bagi pembatalan kurang 30 hari, namun nilai penalti yang sah mengikut terma itu tidak sampai RM20,000.

Justeru, baki lebih RM544,400 sepatutnya dipulangkan sepenuhnya kepada syarikatnya.

“Pihak Hijrah Biru dan Malaysia Airlines mengira pembatalan itu membawa kepada penalti dan mereka bertegas dengan keputusan tersebut,” katanya.

Fathul Bari berkata, tuntutan itu juga bertujuan menyalurkan semula RM492,480 kepada KRS Travel yang sebelum ini bertindak melakukan tuntutan saman sivil kepada syarikatnya.

Menurutnya, wang yang dipulangkan sebelum ini telah digunakan untuk membayar pihak-pihak kecil manakala baki yang tinggal ialah jumlah kepada KRS kerana nilainya besar.

“Takkan kami hendak bayar dua kali. Wang itu ada pada Malaysia Airlines dan Hijrah Biru. Kami bukan tidak mahu bayar, kami cuma minta keadilan.

“Selain wang tersebut, kami turut menuntut ganti rugi khas, faedah dan relief lain yang akan ditentukan mahkamah nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, peguam Malaysia Airlines sudah memfailkan kehadiran dan mahkamah menetapkan 26 November ini bagi pihak penerbangan itu memfailkan pembelaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini