10 pasukan berentap di Champions Cup 2025

10 pasukan berentap di Champions Cup 2025

Mohd Sumali Reduan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 10 pasukan akan berentap dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2025 di Karisma Arena di Seremban, Negeri Sembilan pada 3 hingga 7 September ini.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, 10 pasukan itu terdiri daripada lima pasukan di tangga teratas saingan STL dan lima pasukan jemputan dari luar negara.

“Lima pasukan jemputan itu masing-masing dari Thailand, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan India, di samping lima pasukan terbaik berdasarkan ranking Premier STL yang bakal merebut gelaran juara.

“Kejohanan dijangka meriah dengan penambahan dua pasukan berbanding lapan pasukan musim lalu.Kita nak jadikan kejohanan ini sebagai kejohanan yang betul-betul baik dalam pengurusan.

“Dalam masa yang sama, kita juga mahu mengurangkan kontroversi-kontroversi dalam kejohanan ini khususnya dalam soal pengadilan,” kata Mohd. Sumali.

Lima pasukan teratas STL ketika ini ialah, Kuala Lumpur Thunders, Perak Bison, Negeri Sembilan Antlers, Melaka Titans dan Johor Tigris.

Bagaimanapun, kedudukan dijangka berubah selepas GP Pulau Pinang yang berlangsung pada 27 hingga 31 Ogos ini di Kompleks Sukan Balik Pulau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN