8 mangsa dibawa arus, 9 lagi terkandas insiden kepala air Sungai Pertak: - Utusan Malaysia

8 mangsa dibawa arus, 9 lagi terkandas insiden kepala air Sungai Pertak:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan lapan mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus, manakala sembilan lagi dilaporkan terkandas dalam tiga kejadian kepala air melibatkan kumpulan berbeza di kawasan Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Asrul Riezal Asbar, berkata lapan mangsa itu adalah seorang dalam kumpulan warga Yaman dan penduduk tempatan, serta tujuh lagi daripada kumpulan 11 warga tempatan.

“Untuk satu kumpulan itu, seorang mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus masih belum ditemukan. Kemudian di bahagian atas sungai, terdapat kira-kira 11 orang. Daripada 11 orang itu, tujuh dihanyutkan arus,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, sembilan individu terkandas itu pula adalah daripada empat yang masih belum menyeberangi sungai, dan lima orang daripada satu lagi kumpulan dilaporkan terperangkap di seberang sungai.

Asrul Riezal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.55 petang, dan tiba di lokasi pada 6.30 petang.

“Orang Asli yang membawa kumpulan itu yang menghubungi kami … operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.

“Kita juga sudah buka Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk terus memantau keadaan air, dan kawasan sekitar bagi mengesan mangsa yang berkemungkinan terperangkap di mana-mana lokasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini