Belanda ke suku akhir, Jerman 'mengamuk'

Belanda ke suku akhir, Jerman ‘mengamuk’

PEMAIN tengah Jerman, Leroy Sane (tengah) menjaringkan gol ketika menentang Bosnia Herzegovina dalam saingan Liga Negara-Negara di Freiburg, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PARIS: Belanda mara ke suku akhir Liga Negara-Negara selepas membenam Hungary 4-0 manakala Jerman membelasah Bosnia Herzegovina 7-0.
Belanda dan Hungary sebelum itu berkongsi lima mata dan kemenangan itu membolehkan The Oranje menyertai Jerman ke peringkat suku akhir Kumpulan A3.
Dua jaringan penalti Wout Weghorst dan Cody Gakpo sudah meletakkan Oranje menghampiri kemenangan sebelum Denzel Dumfries dan Teun Koopmeiners melengkapkan baki dua gol pada babak kedua.
“Ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Namun, pada akhirnya kami berhak menang,” kata ketua pasukan Belanda, Virgil van Dijk.
Sementara itu, Jerman terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan selepas menang besar 7-0 ke atas Bosnia yang mengalami kekalahan paling buruk dalam sejarah penyertaan mereka.
“Perlawanan ini sungguh mengujakan. Selepas meraikan beberapa jaringan gol membuktikan kawalan pertahanan kami sangat baik dan serangan balas kami juga begitu dan kami seronok beraksi,” kata penyerang Jerman, Jamal Musiala.
Musiala membuka jaringan seawal dua minit permainan dengan menanduk bola hantaran jauh Joshua Kimmich.
Tim Kleindient turut menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-23 dan Kai Havertz merobek gawang lawan lapan minit sebelum berhenti babak pertama.
Sebaik babak kedua, Florian Wirtz melengkapkan jaringan keempat pada minit ke-50 sebelum menambah jaringan tujuh minitg kemudian.
Ketika permainan memasuki minit ke-66, pemain gantian, Leroy Sane menambah derita Bosnia dengan  gol keenam sebelum Kleindients melengkapkan angka ketujuh ketika permainan berbaki 10 minit sebelum tamat.
Kemenangan itu turut membantu Jerman berkelebihan lima mata di depan Belanda dengan baki satu perlawanan lagi. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN