Pengerusi PN Melaka dicabar bertanding DUN Banda Hilir - Utusan Malaysia

Pengerusi PN Melaka dicabar bertanding DUN Banda Hilir

TEY KOK KIEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Pe­­r­ikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen dicabar bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir, Tey Kok Kiew berkata, beliau bersedia bertanding di Paya Rumput sekiranya Mohd. Rafiq tidak berani mengambil risiko bertanding di Banda Hilir.

“Saya cabar beliau. Saya mahu lawan Pengerusi PN Me­laka (dalam pilihan raya negeri nanti). Kalau beliau berani boleh datang ke Banda Hilir, tapi kalau takut saya boleh pergi ke Paya Rumput,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kok Kiew menang kerusi Bandar Hilir pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dengan majoriti 11,313 undi manakala Mohd. Rafiq daripada Bersatu menang di Paya Rumput dengan majoriti 4,259 undi.

Bagaimanapun, beliau me­nyertai Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada blok pembangkang dan membentuk pakatan Perikatan Nasional (PN).

Ditanya mengenai kerusi Paya Rumput yang merupakan kawasan majoriti Melayu, beliau tidak melihat ia sebagai satu batasan untuk meraih undi dan sokongan.

“Pengundi sudah matang, majoriti mereka tidak akan termakan lagi dengan permainan politik berbentuk perkauman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN