TIANJIN, China, 1 Januari 2026 /PRNewswire/ — Tanggal 28 Disember, peringkat akhir bagi Pertandingan Automobil Digital China 2025 dan Majlis Penyampaian Anugerah "Cross-China Drive" Digital telahpun diadakan di Tianjin. Anjuran bersama China-SAE dan National Big Data Alliance of New Energy Vehicles, pertandingan pada tahun ini memperkenalkan format "Pemanduan Rentas-China" Digital baharu yang menarik penyertaan daripada lebih sepuluh jenama kenderaan tenaga baharu arus perdana. Selepas menjalani ujian jarak jauh yang ekstrem dan persaingan sengit selama lebih 30 hari, jenama-jenama GAC memberikan prestasi yang cemerlang dan menerima pelbagai anugerah.
HYPTEC HL diberi pengiktirafan sebagai "Penanda Aras untuk Keselesaan Semua-Dimensi Imersif", GAC ALL-NEW S9 menerima gelaran "Penanda Aras untuk Kebolehgunaan Pemanduan Terbantu Semua-Senario" dan AION i60 pula dianugerahkan dengan "Penanda Aras untuk Pengurusan Kecekapan Tenaga Pintar".
Berasaskan kehandalan teknikal yang terbukti dan ketahanan kualiti yang disahkan melalui pertandingan ini, GAC mengumumkan secara rasmi bahawa tiga jenama milik sendirinya yang utama—HYPTEC, GAC dan AION—bersama-sama melancarkan Dasar Jaminan Ganda Tiga (Triple Assurance Policy). Dasar penting ini mengikat pengilang untuk menggalas tanggungjawab sepenuhnya terhadap tiga bidang utama: insiden terma yang timbul daripada isu-isu dengan bateri, motor dan sistem kawalan elektronik, degradasi bateri melebihi had tertentu dan kemalangan yang disebabkan oleh fungsi tempat letak kereta pintar. Ini menjadikan GAC sebagai pembuat auto bebas Cina pertama yang memperkenalkan Dasar Jaminan Ganda Tiga, mewujudkan sistem perlindungan menenangkan fikiran yang meliputi kitaran hayat kenderaan keseluruhan—bermula daripada pembelian dan penggunaan harian hinggalah penyelenggaraan—dan meningkatkan industri automotif China daripada persaingan yang didorong oleh harga kepada tahap jaminan berorientasikan nilai yang baharu.
Pelancaran Dasar Jaminan Ganda Tiga memperlihatkan langkah yang amat penting dalam mengubah keyakinan yang terhasil dalam keadaan "cabaran ekstrem" pertandingan ini kepada komitmen jangka panjang terhadap pengguna. Memandang ke hadapan, jenama-jenama milik sendiri GAC akan terus mendukung falsafah yang berpusatkan pengguna, menyediakan produk yang lebih andal, komitmen yang lebih telus dan perkhidmatan yang lebih komprehensif, seterusnya memacu pembangunan industri automotif China yang berkualiti tinggi serta mencipta pengalaman mobiliti yang benar-benar bebas daripada rasa bimbang dan memberikan ketenangan fikiran untuk pengguna.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4854992_MS54992_6











