Paralimpik rancang angkat Ridzuan sebagai ikon

Paralimpik rancang angkat Ridzuan sebagai ikon

Mohamad Ridzuan Puzi menunjukkan pingat emas dimenangi dalam acara akhir 400m kategori lelaki T36 Sukan Para Asia 2018 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) merancang untuk mengangkat jaguh bekas pecut para negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai ikon dan duta badan induk itu susulan pengumuman persaraannya daripada arena kompetitif.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharuddin berkata, sumbangan besar Ridzuan kepada sukan para negara tidak boleh dinafikan, malah menyifatkan atlet itu sebagai antara figura paling berpengaruh dalam sejarah paralimpik Malaysia.

“Dekwan adalah antara idola saya. Saya sangat hormat dia sebagai atlet yang banyak menyumbang kepada negara. 

“Kita ada perancangan untuk bawa beliau masuk ke dalam MPM sebagai duta atau memainkan peranan penting,” katanya selepas Bengkel Klasifikasi Para SUKMA 2026 di Subang Jaya, semalam.

Katanya, MPM akan mengadakan perbincangan lanjut bagi menentukan peranan sesuai untuk Ridzuan dalam ekosistem sukan para negara, termasuk kemungkinan menyertai pentadbiran atau program pembangunan atlet.

“Kita mahu atlet kembali menyumbang dalam ekosistem. Ini penting kerana mereka lebih memahami pengorbanan dan realiti sebenar sukan para.

“Mungkin satu hari dia boleh jadi Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan(YAKEP) , kita belum tentu. 

“Dan saya percaya dia lebih faham sebab dia dah jadi bekas, dia juga atlet dan dia tahu atlet-atlet yang lebih tua,”katanya.

Dalam pada itu, Megat menegaskan, MPM juga sedang memperkukuh sistem klasifikasi dan pembangunan atlet bagi memastikan tiada isu ketidakadilan berulang dalam temasya akan datang.

Beliau turut menyifatkan Ridzuan sebagai antara pencetus kejayaan awal sukan para negara di pentas antarabangsa dan wajar diberi pengiktirafan berterusan selepas bersara daripada pertandingan.

Sebelum ini, Atlet kelahiran Padang Besar, Perlis  membuat keputusan untuk bersara dari arena kompetitif sekaligus menamatkan karier professional beliau pada usia 38 tahun.

Untuk rekod, Ridzuan mencipta nama apabila memenangi emas dalam acara 100 meter (m) T36 pada Sukan Paralimpik Rio 2016 malah turut memecahkan rekod temasya dengan catatan masa 12.07 saat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN