Hutan belakang SK Puncak Alam 2 terbakar

Hutan belakang SK Puncak Alam 2 terbakar

Kebakaran hutan Puncak Alam
PASUKAN penyelamat memadam kebakaran hutan dekat lereng bukit di belakang SK Puncak Alam 2, Bandar Puncak Alam, di Kuala Selangor, hari ini. - Gambar JBPM Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Suasana pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2, Bandar Puncak Alam, di sini, hari ini terganggu apabila kawasannya diselubungi asap akibat kebakaran hutan bukit yang terletak di belakang sekolah itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Rieza Asbar berkata, kejadian melibatkan kebakaran hutan dekat lereng bukit dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.06 pagi tadi.

“Komander operasi melaporkan, kebakaran melibatkan hutan bukit berkeluasan kira-kira 0.8 hektar. Anggota membuat firebreak di lokasi dan pemadaman dilakukan apabila bomba tiba di lokasi pada pukul 10.34 pagi.

“Operasi oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya itu turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, seramai empat termasuk pegawai dan anggota bersama sebuah jentera fire rescue tender (FRT) terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran tersebut.

Bagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan ataupun kehilangan nyawa.

Terdahulu, suasana asap seperti jerebu tebal kelihatan menerusi satu hantaran tular dalam media sosial yang memaparkan kawasan hutan pada lereng bukit di bahagian belakang SK Puncak Alam 2 terbakar.

Asap berwarna putih itu dilihat memasuki kawasan sekolah dan keadaan itu mengganggu sesi pembelajaran pelajar yang berada di sana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN