KUALA LUMPUR: Pelakon bertaraf legenda, Datuk Fauziah Nawi, 73, berpandangan artis yang lebih berpengalaman tidak wajar memperkecilkan artis baharu semata-mata untuk menunjukkan senioriti mereka.
Berkongsi pendapat di Thread, perkara itu katanya dianggap sebagai sia-sia dan tidak bermanfaat.
“Artis senior tidak perlu mengecilkan pelapis untuk membuktikan kebesarannya,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Fauziah menambah, seharusnya pelakon senior menggunakan segala pengalaman mereka untuk membantu artis baharu maju ke depan.
“Besarnya seorang seniman terserlah apabila dia mampu membantu orang lain menjadi lebih baik daripada dirinya,” katanya lagi. – UTUSAN










