PRU16 peluang terakhir Bersatu

PRU16 peluang terakhir Bersatu

MUHYIDDIN Yassin ketika berucap di Konvensyen Bersatu Selangor di IDCC di sini, hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pilihan raya akan datang merupakan peluang terakhir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bangkit dan memimpin kerajaan Persekutuan dan negeri.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua ahli dan pimpinan perlu memainkan peranan serta bekerja keras memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan pilihan raya negeri (PRN) memihak kepada parti.

Beliau berkata, kegagalan untuk mencapai kemenangan pada persaingan akan datang bakal menyebabkan Bersatu menghadapi kesukaran lebih besar.

“Mungkin ini mutakhir bagi kita, ini adalah peluang terakhir. Kalau kita nak menang, ini masa untuk menang. Jika tidak, kita kalah dan nak bangkit semula pada masa depan dalam situasi yang tak menentu, itu perkara yang cukup sukar dan payah.

“Ini adalah peluang terakhir dan masa terbaik, kita harus bekerja keras supaya kita menang di Selangor dan seluruh Malaysia. Apabila sampai pilihan raya, kita mesti menang dan mempertahankan kerusi kita,” katanya ketika berucap di Konvensyen Bersatu Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, pilihan raya akan dilaksanakan tidak lama lagi dan Bersatu perlu bersiap sedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata, perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Konvensyen Bersatu Selangor perlu dilaksanakan dengan cepat untuk meyakinkan rakyat sebelum pilihan raya.

“Kita ada langkah-langkah tindakan-tindakan yang agak berkesan, yang boleh kita ambil selepas dari ini tetapi dengan syaratnya kita diberikan mandat dan kuasa selepas pilihan raya yang akan datang, kita dapat membentuk kerajaan baik di peringkat negeri ataupun di Putrajaya.

“Insya-Allah, saya percaya selepas konvensyen ini, negeri-negeri yang lain akan buat. Ada yang belum lagi buat konvensyen tetapi sudahpun menerima arahan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) supaya konvensyen seperti ini diadakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN