Adik-beradik berebut kerusi DUN Sabah

Adik-beradik berebut kerusi DUN Sabah

CHAYA Sulaiman (kiri) bersama Ma’mun ketika penamaan calon DUN Inanam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertembungan luar biasa tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila empat beradik bertanding antara satu sama lain di dua kerusi, sekali gus mencetuskan perhatian ramai dalam gelanggang politik negeri.

Pertembungan dua adik-beradik itu menambah warna baharu dalam saingan PRN kali ini, dengan masing-masing dipercayai membawa hala tuju dan pendirian politik tersendiri walaupun datang daripada keluarga sama.

Antara kerusi tersebut adalah DUN Kukusan antara calon Parti Warisan (Warisan), Ma’mun Sulaiman dengan kakaknya, Chaya.

Ma’mun, 60, yang juga bekas Ahli Parlimen Kalabakan manakala Chaya, 63, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, mewakili Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ma’mun memenangi kerusi Parlimen Kalabakan, namun gagal mengekalkan kemenangan itu pada PRU15 (2022).

Dalam pada itu, dua anak bekas pemimpin lama Sabah yang juga bekas Ahli Parlimen Sepanggar, Eric Majimbun iaitu Edna Jessica Majimbun dan Shone Majimbun bertarung sesama sendiri di kerusi Inanam.

Edna Jessica yang mewakili Warisan kembali mempertahankan kerusi Inanam manakala adiknya lelaki, Shone Majimbun sebagai calon Bebas.

Pada hari penamaan calon, Edna hadir ditemani bapa saudaranya, William Majimbun yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS), ketika menyerahkan borang pencalonannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN