Sembilan maut nahas pesawat di Florida

Sembilan maut nahas pesawat di Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah pesawat yang membawa sembilan orang terhempas di sebuah kawasan perumahan di Florida pada Ahad, mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal, kata Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy, lapor Xinhua.

Duffy menerusi hantaran di platform X memaklumkan bahawa pesawat jenis Learjet 60 itu terhempas di kawasan kejiranan berhampiran Cresthaven, Florida pada 12.50 tengah hari waktu tempatan.

“Kesemua sembilan orang di dalam pesawat itu maut,” katanya sambil memaklumkan bahawa pesawat berkenaan berlepas dari Austin, Texas menuju ke Bahamas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Duffy berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan menghantar pasukan ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada terdapat individu di darat yang cedera dalam kejadian itu.

Menurut rakaman komunikasi radio kawalan trafik udara yang diperoleh LiveATC.net, juruterbang pesawat itu melaporkan pembentukan ais pada pesawat serta mengalami gelora udara beberapa minit sebelum nahas berlaku.

Tidak lama kemudian, pesawat berkenaan mengisytiharkan situasi kecemasan sebelum menjunam kira-kira 8.2 kilometer dalam tempoh seminit.

Media tempatan melaporkan bahawa ribut berlaku di beberapa kawasan ketika nahas, dengan pesawat itu melintasi kawasan ribut beberapa minit sebelum mula menjunam.- BERNAMA-XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini