PN Pahang yakin penerimaan rakyat - Utusan Malaysia

PN Pahang yakin penerimaan rakyat

SAIFUDDIN Abdullah (tengah) ketika hadir menyantuni belia sempena Kejohanan Futsal di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) negeri yakin dengan penerimaan rakyat terhadap gabungan itu yang dilihat semakin memberansangkang menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusi PN negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, sokongan dan sambutan luar biasa rakyat kepada PN sudah melepasi jangkaan gabungan berkenaan sepanjang tempoh berkempen ini.

“Sebab itu saya katakan sudah ada gelombang dalam penerimaan kepada PN dan gelombong itu menolak kerajaan yang sudah lama.

“Sambutan ini dapat dilihat bukan sahaja di kawasan bandar, malah di Felda dan kawasan pendalaman.

“Ada juga dalam kalangan bukan Islam sudah memahami matlamat disampaikan PN walaupun ada parti Pas dan ia sudah jelas menunjukkan perkembangan sangat menggalakkan kepada PN,” katanya di sini.

Saifuddin berkata, jika beliau berjaya mempertahankan Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum (PRU) kali ini, banyak perubahan akan dibawa di kawasan tersebut.

“Saya akan berikan keutamaan yang lebih kepada ekonomi, pendidikan dan infrastruktur. Saya yakin dengan sokongan yang diberikan, PN akan beroleh kemenangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.