Akauntan wanita rugi lebih RM155,000 angkara pelaburan tidak wujud

Akauntan wanita rugi lebih RM155,000 angkara pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang akauntan wanita berputih mata kerugian lebih RM155,000 setelah menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan berganda dalam masa 24 jam, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa yang juga warga tempatan berusia 47 tahun itu, semalam.

“Mangsa tertarik untuk membuat pelaburan kerana dijanjikan keuntungan berganda dalam tempoh 24 jam. Mangsa kemudian membuat 17 transaksi pembayaran berjumlah RM155,182.97 ke dalam dua akaun bank tempatan bermula dari 30 Mac hingga 15 Disember 2025,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa telah membuat semakan pada aplikasi Antos Pinnacles miliknya dan mendapati keuntungan yang diperoleh adalah sebanyak RM437,740.

“Apabila mangsa cuba membuat pengeluaran wang dalam aplikasi itu, mangsa mendapati akaun tersebut telah disekat dan mengesyaki dirinya telah ditipu.

“Sehubungan itu mangsa datang ke balai polis bagi membuat laporan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu pelaburan tidak wujud,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN