Akauntan tak mengaku lakukan seks luar tabii

Akauntan tak mengaku lakukan seks luar tabii

THEN Zi Quan (kiri) mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita tanpa kerelaan mangsa, tahun lepas.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang akauntan mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita tanpa kerelaan mangsa, tahun lepas.

Tertuduh, Then Zi Quan, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang wanita berusia 25 tahun di sebuah unit kediaman di Ideal Residency, Jalan Lembah, Kampung Kastam, di sini, kira-kira pukul 4.15 petang pada 24 Ogos 2025.

Memuatkan artikel berkaitan…

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun selain boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, M. Darrshini menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, K. Mahendran yang dibantu M. Sharmila Morgan merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya itu masih bujang, pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan selain perlu menanggung ibu dan bapanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta bersetuju untuk mengenakan syarat tambahan seperti yang dipohon oleh pihak pendakwaan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Disember ini bagi tujuan serahn dokumen.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini