Pembangkang persoal Menteri, Timbalan Menteri Kesihatan tidak hadir sesi soal jawab

Pembangkang persoal Menteri, Timbalan Menteri Kesihatan tidak hadir sesi soal jawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketiadaan Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang apabila soalan berhubung keperluan menambah kemudahan kesihatan di Wangsa Maju tidak dapat dijawab.

Perkara itu dibangkitkan selepas Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau meminta Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) untuk bertanya soalan ketiga kepada Kementerian Kesihatan (KKM) seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Zahir meminta penjelasan sama ada KKM bercadang meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan primer termasuk membina atau menaik taraf klinik kesihatan di kawasan Parlimen berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, Wangsa Maju merupakan kawasan Parlimen yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di Malaysia, iaitu 14,059 orang bagi setiap kilometer persegi, sekali gus memerlukan kemudahan kesihatan yang lebih mencukupi.

Bagaimanapun, ketika tiba giliran soalan itu dijawab, Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan didapati tidak berada di dalam Dewan Rakyat.

Zahir kemudian meminta penjelasan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau sama ada soalan berkenaan masih boleh dijawab sekiranya Menteri atau Timbalan Menteri memasuki dewan.

Namun, Alice memaklumkan perkara itu tidak boleh dilakukan.

Keadaan itu mengundang reaksi Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang mempersoalkan ketidakhadiran kedua-dua pemimpin kementerian berkenaan.

“Tak pernah berlaku lagi perkara seperti ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini