Lelaki didakwa bawa empat warga China tanpa izin 

Lelaki didakwa bawa empat warga China tanpa izin 

TUO Zhibo (tengah) semasa dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki warga China mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membenarkan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara sama menaiki kenderaan dipandunya,  bulan lalu.

Tertuduh, Tuo Zhibo, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Prosiding mahkamah berlangsung dengan bantuan jurubahasa bagi menterjemah pertuduhan ke dalam bahasa Mandarin. Mahkamah menetapkan 10 November ini untuk sebutan fakta kes dan hukuman terhadap tertuduh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, Tuo Zhibo sebagai individu yang mempunyai kawalan terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Innova didakwa membenarkan empat PATI warga China memasuki dan menaiki kenderaan dipandunya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Kampung Tok Lawit, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu kira-kira pukul 4 petang pada 11 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang tanpa izin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Amirah Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini