Bekas wartawan ditahan, tanya soalan berunsur perkauman

Bekas wartawan ditahan, tanya soalan berunsur perkauman

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang bekas wartawan sebuah portal berita untuk siasatan selepas dia mengemukakan soalan mengandungi unsur perkauman dalam satu ceramah awam di ibu negara baru-baru ini.

Peguam, P. Rajsurian yang mewakili bekas wartawan yang dikenali sebagai Rex Tan itu telah mengesahkan penahanan terbabit.

Beliau memaklumkan anak guamnya ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan.

“Rex ditahan polis pukul 12.45 tengah malam tadi dan reman dimohon pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Rex memohon maaf secara terbuka berhubung soalan yang diajukannya semasa ceramah awam bertajuk ‘Gaza Exposes the Complicity of International Actors’ pada 12 Januari lepas.

Dalam kenyataan, Tan menyatakan rasa kesal terhadap soalan itu dan mengakui bahawa soalan berkenaan kurang relevan dengan acara dan tidak mengambil kira sensitivitI topik tersebut.

Dia memohon maaf kerana menyebut kaum Cina dan Melayu dalam soalan itu, dengan menegaskan bahawa rujukan terbabit tidak perlu dan sepatutnya dielakkan.

Difahamkan Rex sudah meletakkan jawatannya sebagai wartawan di portal terbabit.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN