Polis rakam keterangan 14 individu kes samun

Polis rakam keterangan 14 individu kes samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan 14 saksi sudah dirakam polis bagi membantu siasatan penjenayah bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah seorang saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Jalan Bukit Gasing, menyebabkan kerugian RM300,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, sehingga hari ini 14 orang sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pihaknya juga sedang mengesan beberapa saksi yang dipercayai dapat membantu siasatan bersabit kes ini.

“Sehingga sekarang siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrulnizam berkata, pihaknya kini sedang menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek terbabit.

“Mangsa memaklumkan nilai barangan yang dilarikan dalam kejadian itu sekurang-kurangnya RM300,000.

“Kami juga sedang mengumpul rakaman CCTV dari rumah mangsa dan kawasan sekitarnya. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” jelasnya.

Terdahulu media melaporkan, polis sedang memburu beberapa penjenayah bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah seorang saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang membabitkan Lim.

Lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian mulut dan pergelangan tangan manakala dua pengawal keselamatannya diikat oleh penyerang selain turut diberi amaran `Jangan jadi hero, duduk rumah diam-diam’.

Guan Eng yang juga penasihat DAP sedang berdepan beberapa pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen berhubung Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN