JIPS buka siasatan tatatertib terhadap anggota ditahan SPRM

JIPS buka siasatan tatatertib terhadap anggota ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan tatatertib terhadap anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Kuantan, Pahang.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kes membabitkan jenayah yang dilakukan anggota itu diserahkan kepada SPRM untuk siasatan, namun pihaknya sedia memberi kerjasama.

“Kes ini membabitkan penahanan anggota polis di dua negeri iaitu di Johor dan Pahang dan siasatan masih dijalankan SPRM.

“Kita tunggu proses siasatan sehingga mereka didakwa di mahkamah dan dijatuh hukuman untuk proses seterusnya,” katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Ketua Polis Negara Bersama Media 2025 di Bukit Aman di sini, hari ini.

Sebelum ini, enam anggota polis direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan wang berjumlah RM12,000, yang didakwa diterima sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki air ketum di Temerloh, Pahang.

Dua lagi anggota ditahan reman di Johor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM635,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan aktiviti perjudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN