Warga asing dipercayai tetak gelandangan diberkas - Utusan Malaysia

Warga asing dipercayai tetak gelandangan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang warga asing yang dipercayai menetak gelandangan ketika terlibat dalam pergaduhan di Kota Damansara, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, ini susulan laporan daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki pulang ke rumah dalam keadaan cedera di muka dan berlumuran darah.

Katanya, bertindak atas maklumat berkenaan sepasukan polis ke kediaman tersebut dan menemukan lelaki berusia 40 tahun dalam keadaan cedera di rumahnya.

“Hasil soal siasat mendapati lelaki itu mengaku terbabit dengan pergaduhan di kawasan semak berhampiran sekolah di Kota Damansara.

“Siasatan lanjut ke atas lelaki warga asing berkenaan kemudian membawa kepada penemuan mayat lelaki dengan kesan tetakan di kepala di kawasan semak berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fakhruddin, pemeriksaan di tempat kejadian turut menemukan senjata jenis sabit yang digunakan suspek untuk menetak mangsa.

Ujarnya, pihaknya mendapati mangsa adalah gelandangan yang tinggal di pondok kawasan berkenaan.

“Susulan itu, warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Inigresen 1959/63,” katanya.

Tambahnya, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Siti Noridah Md Ayob di talian 019-6979891.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya