Tuanku Lailatul Shahreen dilantik semula Pro Canselor UniMAP

Tuanku Lailatul Shahreen dilantik semula Pro Canselor UniMAP

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyerahkan watikah lantikan semula Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kepada Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh lima tahun bermula 13 Disember 2026 hingga 12 Disember 2031.

Majlis Pelantikan tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMap bersempena Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen 21 UniMAP di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Perlis semalam.

Pelantikan semula ini mencerminkan kesinambungan peranan dan komitmen Tuanku Lailatul Shahreen Akashah dalam menyokong kepimpinan serta kecemerlangan UniMAP, khususnya dalam memperkukuh pembangunan akademik, penyelidikan dan reputasi universiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Pro Canselor UniMAP dan Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Tan Sri Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli serta barisan pengurusan tertinggi universiti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini