Tiada syarat tambahan penggabungan PSB dan PDP - Utusan Malaysia

Tiada syarat tambahan penggabungan PSB dan PDP

TIONG KING SING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Penggabungan antara Parti Sarawak Bersatu (PSB) dengan Parti Demokratik Progresif (PDP) tidak disertai dengan terma atau syarat tambahan, kata Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing.

Mengulas tentang peletakan jawatan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh, beliau berkata Klausa 3 dalam Memorandum Persefahaman yang ditandatangani oleh kedua-dua parti menyatakan bahawa tiada terma dan syarat lain yang mengikat mana-mana pihak.

King Sing berkata, kedua-dua parti bersetuju dengan klausa tersebut, sekali gus menolak dakwaan Wong bahawa matlamat asal beliau menyertai PDP tidak dipenuhi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, adalah tidak munasabah untuk mendakwa bahawa ‘tujuan asal menyertai PDP tidak dipenuhi’ hanya kerana kepentingan peribadi tidak diambil kira,” katanya dalam hantaran Facebook, malam tadi.

Beliau berkata PDP mengalu-alukan penyertaan bekas ahli PSB ke dalam parti itu untuk memperkukuh kestabilan politik dan perpaduan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

King Sing mengumumkan peletakan jawatannya daripada PDP semalam dengan menyatakan bahawa hala tuju politik semasa parti berkenaan telah menyimpang daripada matlamat dan jangkaan asal yang mendorongnya menyertai parti tersebut.

Penyandang kerusi DUN Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa juga meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam parti itu berkuat kuasa semalam.

Pada 6 April 2024, King Sing mengumumkan bahawa Wong dan dua pemimpin kanan PSB, yang kini telah dibubarkan, memegang jawatan tertinggi dalam PDP.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini