Seorang maut, empat cedera van polis terlibat kemalangan di Tapah - Utusan Malaysia

Seorang maut, empat cedera van polis terlibat kemalangan di Tapah

TANGKAP layar video yang tular dalam media sosial memaparkan van polis yang terlibat dalam kemalangan di KM 351.7 Lebuhraya Utara - Selatan arah selatan di Tapah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang anggota polis maut sementara empat lagi dipercayai cedera selepas van polis dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 351.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan kemalangan tersebut.

“Mayat dan mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 11.30 pagi tadi dengan maklumat awal menunjukkan seorang anggota maut, manakala sekurang-kurangnya empat anggota polis cedera.

Van itu membawa 10 anggota polis termasuk pemandu dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan beberapa ibu pejabat polis daerah (IPD).

Video kemalangan itu turut tular dalam media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini