FOI 2026 kemuka sekurang-kurangnya 10 agenda utama kepada Kabinet

FOI 2026 kemuka sekurang-kurangnya 10 agenda utama kepada Kabinet

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 akan mengemukakan sekurang-kurangnya 10 agenda utama hasil resolusi festival itu untuk dipertimbangkan di peringkat Jemaah Menteri.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, resolusi berkenaan akan dihimpunkan dalam Risalah Idea Malaysia selepas berlangsungnya festival selama tiga hari menerusi pendekatan tiga fasa iaitu Explore, Challenge dan Translate.

Beliau berkata, komitmen itu turut mendapat sokongan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu setiap cadangan dikemukakan dalam festival berkenaan dibawa untuk pertimbangan mesyuarat Kabinet.

Memuatkan artikel berkaitan…

“FOI 2026 menjadi medan mempertemukan dunia akademik, industri, pembuat dasar dan masyarakat bagi memastikan hasil penyelidikan tidak terhenti di makmal, sebaliknya diterjemahkan kepada inovasi serta penyelesaian yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada FOI Putrajaya 2026 di sini hari ini.

Katanya, penganjuran edisi ketiga festival itu menampilkan 20 pengisian utama merentasi tujuh zon di PICC, termasuk 16 sesi perbincangan yang menghimpunkan 72 tokoh, panelis dan pembentang.

Festival itu turut menerima penyertaan delegasi antarabangsa dari Filipina, Timor-Leste, Indonesia, Turkiye dan Kazakhstan bagi memperkukuh pertukaran ilmu serta kerjasama serantau.

Zambry berkata, kejayaan FOI tahun lalu yang mencatatkan lebih tiga juta penglibatan awam dan menghimpunkan 10,000 idea menerusi Idea Vault menjadi asas untuk penganjuran tahun ini diperkasakan.

Katanya, FOI 2026 membawa tema ‘Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani’ yang menekankan kepentingan mengimbangi kemajuan teknologi dengan nilai kemanusiaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini