Helikopter polis berlegar di Putrajaya sempena lawatan Presiden Perancis - Utusan Malaysia

Helikopter polis berlegar di Putrajaya sempena lawatan Presiden Perancis

TANGKAP layar video tular di media sosial Threads yang memaparkan sebuah helikopter berlegar di ruang udara Putrajaya malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran helikopter polis yang berlegar di ruang udara sekitar Putrajaya malam ini adalah sebahagian daripada persiapan kawalan keselamatan sempena lawatan rasmi Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi malam ini

“Pasukan pengiring sempena lawatan Presiden Perancis,” katanya ringkas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Emmanuel Macron mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari sehingga esok.

Kementerian Luar memaklumkan, ini merupakan lawatan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan tersebut pada bulan Mei 2017.

Macron akan diiringi oleh isteri beliau Brigitte Macron serta Menteri-Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan.

Selain itu, Macron akan diberikan Istiadat Sambutan Rasmi esok di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur diikuti dengan mesyuarat dua hala Malaysia-Perancis yang dipengerusikan bersama oleh kedua-dua pemimpin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini