PM mahu Belanjawan 2027 dilaksana seawal 1 Januari 2027

PM mahu Belanjawan 2027 dilaksana seawal 1 Januari 2027

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Belanjawan 2027 dimulakan seawal 1 Januari depan bagi memastikan segala perancangan dan projek yang diluluskan dapat dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, arahan itu dimaklumkan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan Belanjawan 2027 yang diluluskan semalam.

Beliau berkata, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sehingga belanjawan berkenaan diluluskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelbagai pandangan, idea dan maklum balas turut dikemukakan sepanjang proses perbahasan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan setiap peruntukan wang rakyat yang diluluskan untuk dibelanjakan tahun depan dapat dilaksanakan dengan baik, berkesan dan mencapai sasaran.

“Perdana Menteri tidak mahu berlengah dan telah mengarahkan supaya kerja-kerja apa yang telah dirancang boleh bermula seawal satu ataupun dua hari bulan Januari 2027,”
katanya.

Fahmi berkata, pelaksanaan yang cekap dan tepat sasaran penting bagi memastikan segala perancangan kerajaan dapat memberi manfaat kepada rakyat serta meneruskan agenda pembangunan negara.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 pada melalui undian suara tanpa pindaan selepas bacaan kali ketiga, dengan jumlah keseluruhan peruntukan dan pelaburan mencecah RM510 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini