Hubungan dengan AS penting demi rakyat – Anwar

Hubungan dengan AS penting demi rakyat – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengambil kira kepentingan ekonomi dan peluang pekerjaan rakyat dalam menguruskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS), meskipun kedua-dua negara mempunyai perbezaan pendirian dalam beberapa isu antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan perdagangan dengan kuasa ekonomi dunia itu tidak boleh dipandang ringan kerana sebarang keputusan yang dibuat boleh memberikan kesan langsung kepada rakyat.

Menurutnya, Malaysia tetap berpegang teguh pada pendirian dalam isu Palestin, namun pada masa sama perlu memastikan kepentingan ekonomi negara terus terpelihara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, tindakan mengambil pendekatan konfrontasi tanpa mempertimbangkan implikasi ekonomi berisiko menjejaskan peluang pekerjaan rakyat.

“Kalau kita menentang mereka, tidak mengapa. Tetapi yang kehilangan pekerjaan nanti beribu-ribu, beratus-ratus ribu orang,” katanya ketika berucap pada Program Temu Anwar Bersama Wira Muda Negara @ PLKN 3.0 di Kem Regimen 515 Askar Wataniah di sini hari ini.

Anwar berkata, perbezaan pendirian dalam isu antarabangsa tidak seharusnya menghalang Malaysia daripada meneruskan hubungan ekonomi yang memberikan manfaat kepada negara.

Katanya, kerajaan perlu mengambil pendekatan pragmatik dengan mempertahankan prinsip dasar luar negara tanpa mengabaikan kebajikan rakyat yang bergantung kepada kegiatan perdagangan dan pelaburan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini