Dua pesawat FA-50M jalani ujian penerimaan akhir di Pangkalan Udara Kuantan

Dua pesawat FA-50M jalani ujian penerimaan akhir di Pangkalan Udara Kuantan

DUA pesawat FA-50M akan menjalani proses Final Acceptance Test (FAT) di Pangkalan Udara Kuantan di Kuantan, Pahang. - IHSAN TUDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dua pesawat FA-50M tiba di Pangkalan Udara Kuantan di sini, Ahad lalu sekali gus menandakan penghantaran pertama daripada keseluruhan 18 buah yang diperoleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) daripada Korea Aerospace Industries (KAI).

Kedua-dua pesawat berlepas dari Sacheon, Korea Selatan pada 29 Oktober lalu sebelum melaksanakan beberapa hentian transit di Jeju, Laoag, Filipina dan Labuan.

Pesawat FA-50M ‘M58-01’ diterbangkan juruterbang KAI, Lee Donkyu bersama Pegawai Memerintah No 15 Skuadron, Mejar Mohd. Jamil Awang manakala pesawat ‘M58-02’ diterbangkan Kim Inchul bersama Pegawai Laksana No 15 Skuadron, Mejar Muhammad Ashraf Wahab.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua pesawat seterusnya menjalani proses Final Acceptance Test (FAT) oleh TUDM sebelum penerimaan rasmi yang dijangka dilaksanakan pada hujung bulan ini.

Ketibaan dua pesawat berkenaan disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris.

Varian FA-50M (Malaysia) dibina berasaskan standard Block 20 yang dilengkapi dengan teknologi penerbangan dan sensor termaju, menjadikannya sebuah pesawat pejuang ringan yang sangat fleksibel dan efisien.

Di samping berupaya melaksanakan peranan Light Combat Aircraft (LCA) seperti pertempuran udara-ke-udara dan serangan darat, FA-50M turut berpesan sebagai pesawat latihan lanjutan (Lead-in Fighter Trainer – LIFT) untuk menyediakan juruterbang muda sebelum mereka melangkah ke pesawat tempur barisan hadapan.

​Daripada sudut keupayaan taktikal, varian khusus ini dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA), sistem pautan data (data link) moden serta keupayaan pengisian minyak dalam udara (air-to-air refueling).

Peningkatan integrasi sistem persenjataan berketepatan tinggi membolehkan FA-50M melaksanakan misi ronda tempur jangka panjang dan memberikan sokongan udara rapat (Close Air Support) dengan kadar kebolehpercayaan yang sangat tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini