AS serang Pulau Qeshm di Iran - Utusan Malaysia

AS serang Pulau Qeshm di Iran

GAMBAR fail Pulau Qeshm, Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Amerika Syarikat (AS) menyerang Pulau Qeshm di Selat Hormuz Iran pada Isnin, menurut laporan Wall Street Journal, meskipun Presiden Donald Trump memberi isyarat kemajuan dalam rundingan dengan Tehran bagi menamatkan konflik yang berlarutan selama lapan bulan itu.

Akhbar berkenaan yang memetik pegawai AS tanpa nama menyifatkan ia sebagai serangan terbaru terhadap Qeshm.

Ia merupakan, pulau terbesar di Selat Hormuz dan serangan terbaharu yang dilancarkan Washington itu dilakukan secara rahsia terhadap Iran sejak beberapa minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan lima letupan berturut-turut kedengaran di pulau itu, manakala beberapa penduduk mendakwa melihat dua pesawat terbang di ruang udaranya.

Pentagon merujuk pertanyaan mengenai laporan serangan itu kepada Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), yang tidak segera memberikan maklum balas terhadap permintaan komen AFP lewat Isnin.

Wall Street Journal melaporkan AS telah melancarkan serangan berskala kecil terhadap Iran sejak beberapa minggu lalu.

Menurut laporan itu, beberapa pegawai menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan defensif bagi menghalang Iran daripada mempunyai kebebasan menyerang kapal komersial di Selat Hormuz, laluan utama penghantaran minyak yang sebahagian besarnya disekat sejak perang bermula pada akhir Februari.

Akhbar itu berkata AS tidak mengumumkan serangan berkenaan secara terbuka bagi mengelakkan sebarang isyarat bahawa Washington berhasrat menyambung semula operasi ketenteraan berskala besar.

Pada Isnin, sehari sebelum pilihan raya pertengahan penggal di AS, Trump berkata, perjanjian dengan Teheran mungkin tercapai.

Harga minyak yang melonjak akibat sekatan Iran terhadap laluan tenaga Selat Hormuz menjunam lebih tujuh peratus pada Isnin berikutan optimisme terhadap kemungkinan konflik itu berakhir. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini