Ahmad Faizal persoal keperluan Bersatu bela diri

Ahmad Faizal persoal keperluan Bersatu bela diri

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Fai­zal Azumu mempersoalkan keperluan parti itu membela diri daripada sebarang tindakan tatatertib Perikatan Nasional (PN) se­dangkan Bersatu bukan pihak yang melakukan kesalahan.

Beliau sebaliknya memper­soal­kan tindakan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN yang didakwa lebih awal me­ngetepikan Bersatu daripada uru­san gabungan itu, termasuk ti­dak memanggil wakil parti meng­hadiri mesyuarat.

Menurutnya, tindakan PN ter­hadap Bersatu bukan perkara baharu kerana hubungan kedua-dua parti mula renggang sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia nak suruh kami bela diri daripada apa? Bukan kami yang buat kesalahan. Orang yang buat kesalahan patut bela diri.
“Kami patut tanya pengerusi dan setiausaha agung apa yang mereka boleh katakan untuk mem­bela diri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pe­juang), Muhammad Rafique Ra­shid Ali, berkata, Bersatu akan di­berikan peluang untuk menjelaskan kedudukan serta membe­la diri sebelum sebarang ke­putusan dibuat.

Katanya, seperti dimaklumkan Ahmad Samsuri, PN sedang mengumpulkan bukti berkaitan dakwaan salah laku sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Tambah Ahmad Faizal, PN sebelum ini pernah menganggap Bersatu bukan lagi sebahagian daripada gabungan itu namun kini seolah-olah mengiktiraf se­­mula kedudukan parti berke­naan apabila timbul isu tindakan tatatertib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini