Harimau Malaya tiada masalah keserasian

Harimau Malaya tiada masalah keserasian

UBAIDILLAH (kiri) mahu pastikan Harimau Malaya meraih kemenangan dalam dua aksi persahabatan menentang China dan Yaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Benteng pertahanan Harimau Malaya, Ubaidullah Shamsul Fazili yakin skuad negara tidak akan berdepan masalah keserasian dalam dua aksi persahabatan menentang China dan Yaman.

Menurut Ubaidillah, keserasian dalam pasukan, khususnya di posisi pertahanan sudah terbentuk apabila rata-rata pemain yang dipanggil kali ini sudah pernah beraksi bersama untuk skuad kebangsaan.

“Saya rasa keserasian itu sudah ada, cuma macam mana untuk mengatur siapa yang bermain itu terpulang kepada jurulatih dan saya percaya siapa yang diberikan peluang akan bagi 100 peratus untuk perlawanan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap perlawanan bersama pasukan kebangsaan kita akan bagi yang terbaik. Walaupun berbeza kumpulan pemain, tetapi saya rasa ini peluang untuk pemain lain juga dan saya sendiri untuk buktikan kualiti yang kita ada.

“Untuk sasara peribadi, saya nak bermain untuk tambahkan penampilan saya bersama pasukan kebangsaan dan sudah pasti mahu menang dalam dua aksi persahabatan ini,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke China., semalam.

Keyakinan pemain pertahanan Terengganu FC itu berdasarkan prestasi semasa Malaysia di terutama dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Meskipun hanya meraih tempat ketiga, Malaysia bukan saja kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan, malah, pasukan kendalian jurulatih sementara, Tan Cheng hoe juga mengekalkan rekod tanpa bolos.

Ubaidullah turut menyifatkan dua aksi di China cukup penting buat skuad negara kerana keputusan positif bakal membantu Malaysia meraih mata penting ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Kita tahu dua perlawanan ini sangat penting untuk (persiapan) kita hadapi kelayakan Piala Dunia. Paling penting adalah pengalaman dan persembahan di luar negara,” tambahnya.

Malaysia akan turun menentang China pada 14 November dan berdepan Yaman tiga hari kemudian dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini