Penantian hampir sedekad miliki rumah sendiri berakhir

Penantian hampir sedekad miliki rumah sendiri berakhir

MOHAMMAD Fakhruddin Mohd. Ariff (kanan) menyerahkan kunci rumah Residensi Rakyat Pahang (RRP) kepada Mohd. Azuan Mohd Amin dan Hanisah Abd. Kadir di Taman Seri Inderapura di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penantian hampir sedekad untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi realiti buat pasangan Mohd. Azuan Mohd. Amin, 40, dan Hanisah Abd. Kadir, 39, apabila mereka menerima kunci rumah Residensi Rakyat Pahang (RRP) di Taman Seri Inderapura, di sini.

Lebih bermakna, kediaman berkenaan dilengkapi kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) sekali gus memudahkan Mohd. Azuan yang mengalami masalah pergerakan selepas ter­babit dalam kemalangan dan kini bergantung kepada kerusi roda.

Hanisah berkata, sebelum ini mereka sekeluarga menum­pang di rumah ibu mentuanya di Tanah Putih, di sini sementara me­nunggu peluang memiliki kediaman sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mereka pada awal­nya berharap mendapat rumah di Kampung Tiram, namun bersyukur apabila ditawarkan kedia­man di Taman Seri Inderapura.

“Bersyukur sangat ­apabila dimaklumkan kami layak menerima kunci RRP hari ini (semalam). Masa mula-mula memohon, kami harap dapat rumah di Kampung Tiram tetapi di sini pun tidak mengapa. Ini rezeki kami. Paling penting, rumah ini milik sendiri, jadi le­bih selesa untuk saya bersama suami dan dua anak,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyam­paian kunci di sini.

Hanisah yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Indera Mahkota 14 berkata, kemudahan mesra OKU yang disediakan di kediaman itu turut memberi kelegaan kepada keluarganya.

Katanya, suaminya sebelum ini bekerja dengan syarikat pembersihan namun terpaksa berhenti selepas kemalangan menyebabkan pergerakannya terbatas dan banyak bergantung kepada kerusi roda untuk urusan harian.

“Jadi kemudahan untuk OKU ini memang satu nilai tambah kepada kami kerana ia memudahkan pergerakan suami di rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×