MCA akur tanding dua kerusi PRN Melaka

MCA akur tanding dua kerusi PRN Melaka

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MCA akur untuk bertanding hanya di dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.
Dua calonnya adalah seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu Datuk Ngwe Hee Sem bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dan Datuk Lim Ban Hong di Klebang.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden MCA selepas perbincangan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

Katanya, MCA juga akan menggunakan logo BN, selain memastikan gerak kerja disusun untuk mencapai kemenangan parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum mesyuarat ini, saya turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 12.30 tengah hari bagi membincangkan perkara berbangkit.

“Beliau telah memahami dan juga mendengar pandangan pihak MCA dan juga menghormati apa yang telah kita suarakan.

“Kita akan bertanding dua kerusi, ia tidak ada isu dan akan memulakan gerak kerja untuk kawasan ditandingi, selain pada sama kita membantu kawasan BN secara keseluruhan 21 kerusi,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Ka Siong berkata, hubungan akrab antara UMNO dan MCA sebagai parti tunjang BN amat penting dan akan diteruskan dalam PRN Melaka.

Katanya, MCA turut diberi jaminan bahawa representasi masyarakat Cina, khususnya melalui MCA tidak akan dipinggirkan dan akan terus berperanan.

“MCA secara ringkas saya rasa kita akan terus bersama BN. Apa yang berlaku itu telah berlaku dan ada hikmahnya.

“Kita nampak ada perkara-perkara yang boleh diperbaiki dan ada juga telah kita sampaikan untuk didengar Pengerusi BN (Ahmad Zahid) untuk tindakan susulan.

“Saya rasa setakat ini kita akan menumpukan perhatian tentang PRN Melaka dan kita telah diberi jaminan bahawa representasi masyarakat Cina khususnya MCA tidak akan dipinggirkan dan kita akan terus berperanan dengan cara yang mungkin perlu diatur dengan lebih baik,” katanya.

Ka Siong berkata, MCA sudah mempunyai satu kerangka bagi memastikan representasi parti itu, selain strategi untuk membuat penyesuaian dalam menghadapi PRN Melaka.

“Yang penting kena bentuk kerajaan dulu. Jadi satu perkembangan positif ialah kita telah melihat ada keperluan untuk kita pereratkan lagi serta kita melakukan

perbincangan lebih khusus untuk kebaikan kita bersama.

“Pada waktu ini paling penting ialah memastikan kita mengaturkan gerak kerja memastikan kemenangan buat parti kita,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini