75 peratus juruterbang mengaku tertidur dalam kokpit - Utusan Malaysia

75 peratus juruterbang mengaku tertidur dalam kokpit

SEBANYAK 75 peratus juruterbang mengaku tidur di dalam kokpit. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Tiga daripada empat juruterbang syarikat penerbangan di Eropah mengaku pernah tertidur di dalam kokpit semasa mengendalikan penerbangan, menurut hasil kajian terbaharu.

Tinjauan yang melibatkan hampir 7,200 kapten dan pegawai pertama mengesahkan bahawa kebanyakan juruterbang mengalami masalah kekurangan waktu rehat serta tekanan untuk memanjangkan tempoh syif perkhidmatan mereka.

Persatuan ­Kokpit Eropah (ECA) yang me­ngeluarkan laporan ber­kenaan mendedahkan bahawa juruterbang bim­bang dikenakan tinda­kan tatatertib sekiranya membuat laporan berhubung isu keletihan sekali gus berpotensi me­ngancam keselamatan pe­nerbangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi kajian ber­kenaan, kira-kira 75 pe­ratus juruterbang me­ngaku pernah mengalami fenomena tidur  mikro di dalam kokpit akibat kelesuan melampau.

Tidur mikro merujuk kepada keadaan di mana seseorang tertidur secara tidak sengaja untuk tempoh beberapa saat dan sering kali tidak disedari oleh individu berkenaan walaupun mata mereka mungkin kelihatan terbuka.

Isu kelesuan dalam kalangan juruterbang berpunca daripada jadual syif yang tidak menentu, gangguan biologi badan akibat perbezaan zon waktu dan kekurangan waktu tidur yang berkualiti. 

Keadaan ini berisiko menjejaskan pertimba­ngan, melambatkan tin­dak balas serta mengurangkan tahap kewaspadaan ketika menghadapi situa­si kecemasan.

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 24 peratus juruterbang memilih untuk meneruskan tugasan berbanding melaporkan keadaan fizikal mereka yang kurang bertenaga akibat keletihan. Hanya 16.8 peratus yang mengambil cuti sakit apabila berdepan masalah berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini