Lelaki Myanmar ditahan tikam rakan senegara

Lelaki Myanmar ditahan tikam rakan senegara

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar semalam selepas disyaki menikam hingga mati seorang rakan senegaranya dalam kejadian di sekitar Maluri, Cheras, kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa berusia 20-an disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada pukul 10 pagi akibat kecederaan parah di perut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan suspek di sebuah premis di sekitar Taman Maluri kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Suspek adalah lelaki warga Myanmar berusia awal 30-an, tidak bekerja dan tiada rekod jenayah lampau.

“Suspek ditahan bersama rampasan sebilah gunting yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN