KPT gerakkan 'Counselor on Wheels' bantu pelajar POLISAS

KPT gerakkan ‘Counselor on Wheels’ bantu pelajar POLISAS

AMINUDDIN ketika melancarkan Program Industry Nexus (INDEX) 2026: TVET Collaboration Hub.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menggerakkan pasukan ‘Counselor on Wheels’ bagi memberikan sokongan psikologi kepada pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) susulan kematian seorang penuntutnya, dipercayai dibunuh baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, pihaknya turut menggerakkan kaunselor berdaftar dan pakar berkaitan bagi tujuan sama.

Beliau berkata, sokongan kaunseling dan psikologi itu penting kerana kejadian berkenaan boleh memberi kesan trauma kepada pelajar lain.

“Kita juga meminta rakan-rakan kita di universiti semua bahagian-bahagian kaunseling dan sebagainya, pakar-pakar itu untuk turut bersama (beri bantuan psikologi).

“Oleh yang demikian semalam saya dimaklumkan bahawa caunselor on-wheels telah pun bergerak ke Kuantan bagi bertemu dengan pelajar, memberi bimbingan psikologi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada Program Industry Nexus (INDEX) 2026: TVET Collaboration Hub di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan siasatan kes kematian seorang penuntut POLISAS dipercayai dibunuh pada Selasa lalu.

Katanya, pihaknya faham insiden itu telah meninggalkan kesan trauma kepada pelajar-pelajar lain terutama yang menetap di luar kampus pusat pendidikan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK) Dr Shamsuri Abdullah berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kes itu kepada polis.

Menurutnya, pihaknya juga sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan pelajar termasuk mereka yang tinggal di luar asrama.

“Memang kita ada statistik pelajar-pelajar yang duduk, terutamanya yang duduk dalam asrama. Yang duduk di luar pun memang ada data-data tersebut dengan kitalah.

“Cuma saya mengharapkan selepas ini pihak politeknik terutamanya di bahagian hal ehwal pelajar untuk lebih prihatin dengan keperluan-keperluan dan juga dalam hal keselamatan anak-anak yang duduk di luar,” katanya.

Sebelum ini, seorang penuntut POLISAS berusia 19 tahun maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, Kuantan di Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, mangsa mangsa ditemukan terbaring di katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah itu, selain pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher wanita itu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini