KPM hentikan program penceramah bebas

KPM hentikan program penceramah bebas

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua program melibatkan penceramah bebas yang dikaitkan dengan perbuatan tidak wajar seperti yang tular dalam media sosial dihentikan serta-merta.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, ia bagi memberi ruang kepada siasatan penuh dilaksanakan.

Katanya, dakwaan yang dibangkitkan adalah serius kerana melibatkan keselamatan dan perlindungan murid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil membuat laporan kepada pihak polis.

“Laporan kepada pihak berkuasa sangat penting bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan dan sokongan yang sewajarnya,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial berhubung dakwaan perlakuan tidak wajar melibatkan seorang penceramah bebas yang sering mengadakan program di sekolah.

Fadhlina berkata, keselamatan murid mesti dipandang serius dan diteliti dan tidak boleh dikompromi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×