Bunuh ibu: Remaja OKU diperintah jalani psikiatri

Bunuh ibu: Remaja OKU diperintah jalani psikiatri

REMAJA yang dituduh membunuh tanpa niat ibunya minggu lalu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar semalam. – UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar supaya menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Ia selepas dia dihadapkan pertuduhan membunuh tanpa niat ibunya di Kampung Cheh Kati dekat sini pada minggu lalu.

Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin mengeluarkan perintah tersebut selepas remaja tersebut didapati tidak memahami pertuduhan yang dibaca kepadanya oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Nur Mirza Zulaikha Mohd. Fadzly.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Awak dengar apa dia (TPP) baca? Awak faham ke? Tak faham? Tadi dengar apa dia cakap, faham ke? Tak faham?” tanya Majistret kepada remaja berkenaan semasa prosiding di sini semalam.

Ketika prosiding, Majistret juga bertanyakan kepada tertuduh adakah dia sudah makan, dan remaja itu hanya menjawab ‘nasi’.

Mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan kerana dimaklumkan tertuduh mempunyai rekod mental.

TPP tidak menawarkan jaminan dan meminta kepada mahkamah tarikh sebutan baru selepas menerima laporan pemeriksaan psikiatri.

Mengikut pertuduhan, remaja itu pada 23 September lalu melakukan perbuatan menyebabkan kematian Nor Ainon Omar, 49, dengan niat hendak menyebabkan kematian dan dengan itu melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh dan boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×