Buku kisah perjuangan Anwar dilancar Mac depan

Buku kisah perjuangan Anwar dilancar Mac depan

BUKU meja kopi (coffee table book) Anwar Ibrahim: Kisah yang Dirakam / A Life Recorded dijangka dilancarkan pada Mac tahun hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buku meja kopi (coffee table book) yang merakamkan perjalanan perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Anwar Ibrahim: Kisah yang Dirakam / A Life Recorded dijangka dilancarkan pada Mac tahun depan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, penerbitan itu penting bagi membantu generasi muda memahami sejarah perjalanan perjuangan Perdana Menteri dengan lebih mendalam.

Menurutnya, naskhah berkenaan bukan sekadar merakamkan perjalanan Anwar, malah boleh menjadi panduan, pengajaran dan iktibar kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih kepada penganjur pada hari ini kerana menghasilkan satu lagi naskhah yang saya fikir cukup penting untuk generasi muda khususnya mengetahui sejarah perjalanan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang dirakamkan di dalam sebuah naskhah supaya ia dapat menjadi satu panduan dan juga pengajaran dan juga mungkin sebahagian itu iktibar kepada masyarakat bagi konteksnya pada hari ini khususnya golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pra-Pelancaran buku Anwar Ibrahim: Kisah yang Dirakam / A Life Recorded di sini hari ini.

Buku dalam dwi bahasa itu diterbitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia (Malaysia Peduli) yang mendokumentasikan perjalanan kepimpinan Anwar melalui penelitian bahan sejarah, fotografi, rekod dan naratif yang disusun sebagai rujukan untuk generasi akan datang.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, penerbitan buku itu juga dapat merapatkan jurang pengetahuan masyarakat mengenai perjalanan hidup dan perjuangan Anwar sebelum menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya, terdapat sebahagian masyarakat yang mengenali Anwar menerusi kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-10, namun tidak mengetahui perjalanan panjang beliau dalam aktivisme dan politik sejak awal penglibatannya.

“Kerana hari ini kita lihat ada jurang ataupun kita sebut apa, gap lah. Yang orang mungkin kenal Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai PMX, tetapi orang tak tahu daripada satu sudut yang lain itu tentang apa yang telah dilalui oleh beliau sepanjang perjalanan dalam aktivisme ataupun dalam politik sejak daripada awal,” katanya.

Mengulas perkembangan penerbitan buku berkenaan, Muhammad Kamil berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak penerbit bahawa naskhah itu telah pun siap, namun masih memerlukan beberapa penambahbaikan sebelum dilancarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini