Kerajaan sudah tegas tangani jerebu rentas sempadan - PM

Kerajaan sudah tegas tangani jerebu rentas sempadan – PM

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa Universiti Malaya di Kolej Kediaman Ke-5, Universiti Malaya. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan sudah melakukan segala usaha yang termampu bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang kembali memburuk di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak pernah berlembut dengan Indonesia berhubung isu jerebu yang sedang melanda negara.

“Kita sudah buat sedaya mungkin mengatasi perkara ini,” katanya mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Malaysia mengambil pendekatan terlalu berlembut dalam berurusan dengan Indonesia berhubung isu berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Khairy sebelum ini menggesa kerajaan untuk mengambil pendirian lebih tegas dalam menangani masalah jerebu yang semakin memburuk itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini