Apa jua keputusan kerajaan selepas ini saya terima - Mohd. Shuhaily

Apa jua keputusan kerajaan selepas ini saya terima – Mohd. Shuhaily

MOHD SHUHAILY MOHD ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain akan menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan lanjut yang mungkin dikenakan susulan video tular melibatkan dirinya.

Mohd. Shuhaily berkata demikian menerusi satu sidang akhbar khas bagi menjelaskan secara terperinci berhubung kejadian itu yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Mohd. Shuhaily berkata, susulan itu, satu laporan polis turut dibuat untuk mengatakan kemungkinan ada usaha mencemarkan imej AKPS secara am dan namanya sendiri khususnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti tuan-tuan selalu lihat dalam klip video dalam media sosial, saya sering mengatakan saya tidak sempurna.

“I’ve said that many times, and today I’m standing in front of you, owning and facing my incompleteness (saya sudah banyak kali mengatakan perkara itu dan hari ini saya berdiri di hadapan anda semua, mengakui serta berdepan dengan segala kekurangan diri saya).

“Saya juga telah memaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan dan juga kementerian berkaitan hal itu, justeru apa juga keputusan mereka saya terima,” katanya.

Jelas beliau, untuk mengubah sesuatu perkara, ia memerlukan harga dan jika ianya adalah dirinya, maka ia akan dibayar dengan dirinya.

“Apapun saya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat lanjut dengan
penuh efisien dan biarlah keadilan akan muncul kelak untuk semua pihak,” katanya.

Terdahulu, menerusi video tular, individu mirip Mohd. Shuhaily kelihatan memarahi individu lain di satu lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada masa sama, tular salinan dakwaan individu yang mendakwa dikasari Mohd Shuhaily. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×