UM, Eskayvie jalin kerjasama penyelidikan

UM, Eskayvie jalin kerjasama penyelidikan

Majlis pemeteraian kerjasama penyelidikan antara Eskayvie Sdn. Bhd. dan Universiti Malaya di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) memperluas usaha penyelidikan dan inovasinya menerusi kerjasama strategik dengan Universiti Malaya (UM).

Kerjasama bagi menjalankan kajian klinikal terhadap Mindtropic, produk nutrisi minda keluaran Eskayvie.

Kajian bertujuan menilai keberkesanan formulasi lengkap Mindtropic dalam beberapa aspek utama termasuk prestasi kognitif, daya tahan terhadap tekanan, fungsi sistem saraf autonomi dan kualiti tidur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Langkah itu sebahagian daripada usaha Eskayvie untuk memperkukuh asas saintifik produknya, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk kesihatan tempatan.

Majlis pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) berlangsung di Canseleri Universiti Malaya, dengan UM diwakili Naib Canselor, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, manakala Eskayvie diwakili Pengarah Urusan, Datin Dr. Kartika Wati Mohamed.

Menurut Kartika, selepas 17 tahun membangunkan Eskayvie, Syarikat mahu terus meningkatkan mutu produknya dengan menjadikan penyelidikan antara keutamaan dalam pembangunan dan inovasi.

“Kepercayaan pengguna terhadap Mindtropic mendorong kami untuk terus melangkah lebih jauh dalam penyelidikan dan inovasi.

“Melalui kerjasama dengan Universiti Malaya, kami mahu menilai formulasi lengkap Mindtropic secara klinikal bagi mendapatkan bukti saintifik yang lebih menyeluruh tentang keberkesanannya.

“Bagi kami, kepercayaan itu datang bersama tanggungjawab untuk terus mengutamakan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk. Kami berharap kerjasama ini turut membuka peluang kepada lebih banyak penyelidikan dan penerbitan saintifik pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Dr. Noor Azuan berkata:

“Di Universiti Malaya, kami percaya penyelidikan bukan sahaja perlu menghasilkan ilmu
baharu, tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat.”

Beliau berkata, kerjasama dengan Eskayvie membolehkan UM menggabungkan kepakaran saintifik dan keupayaan penyelidikan universiti dengan inovasi serta keperluan industri.

“Kami berharap kajian klinikal ini dapat menghasilkan bukti saintifik yang berkualiti, sekali gus membuka ruang kepada pembangunan inovasi kesihatan yang lebih relevan dengan keperluan masyarakat,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×