PMKS dikecualikan kenaikan gaji minimum baharu buat masa ini

PMKS dikecualikan kenaikan gaji minimum baharu buat masa ini

STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kabinet bersetuju agar perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini selepas mengambil kira kemampuan sektor berkenaan yang berdepan tekanan kos operasi dan cabaran ekonomi semasa.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau membangkitkan isu gaji minimum dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menurut beliau, Kabinet bersetuju bahawa gaji rakyat perlu terus ditingkatkan namun pada masa sama perlu melindungi perniagaan tempatan, khususnya PMKS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengambil kira kemampuan sektor ini, Kabinet telah bersetuju agar PMKS dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Steven Sim berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan lain untuk membantu meningkatkan gaji pekerja dalam sektor PMKS termasuk sokongan subsidi gaji di bawah Dasar Gaji Progresif.

“Langkah itu bertujuan memastikan kenaikan gaji bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti.

“Matlamat kita jelas, kebajikan pekerja terbela dengan gaji yang lebih wajar, sementara PMKS kekal berdaya saing untuk terus berkembang dan menjana peluang pekerjaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×