Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan

MUHAMAD HAMDI HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) mengumumkan pelantikan barisan kepemimpinan baharu berikutan peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun daripada jawatan Ketua Pemuda parti itu.

 Setiausaha DPPNT, Mohd. Riduan Abu Bakar berkata, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT diadakan semalam sebulat suara menerima peletakan jawatan tersebut.  

Katanya, susulan kekosongan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd. Fadhli Rahmi Zulkifli sebagai pemangku Ketua Pemuda bagi sesi 2026–2027.  

“​Barisan kepemimpinan utama turut diisi oleh Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin sebagai pemangku Timbalan Ketua dan Abdul Manaff Ghani sebagai pemangku Naib Ketua,” katanya menerusi surat rasmi bertarikh 23 September dikeluarkan dalam laman sosial Pemuda Pas Terengganu pada Khamis. 

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan alasan Muhamad Hamdi yang merupakan anak tokoh ulama tersohor, Allahyarham Datuk Harun Taib meletak jawatan.

Muhamad Hamdi menang tanpa bertanding jawatan itu bagi sesi 2025–2027 dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-56 Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu, tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×