Kosongkan tarikh untuk AJL - Noraniza Idris - Utusan Malaysia

Kosongkan tarikh untuk AJL – Noraniza Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Noraniza Idris, 47, memaklumkan sebelum ini beliau sebelum ini menantikan penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL).

Kata Noraniza atau lebih mesra disapa kak Ani, hal demikian kerana adanya kategori Irama Malaysia yang menjadi salah satu kategori bagi anugerah tersebut.

“Dahulu, AJL ini lah yang paling saya tunggu sebab tak sabar nak tengok kategori Irama Malaysia,” katanya di Thread.

Norniza memberitahu beliau pada tahun ini akan mengosongkan aktiviti pada tarikh 15 Ogos 2026 untuk menyaksikan anugerah berkenaan.

“Siaran langsung AJL kena pada tarikh saya sibuk urus program amal saya iaitu Zapin Living Lab di AEON Mall Tebrau City, Johor.

”Tak kisah, nak kosongkan pula tarikh AJL awal-awal,” katanya lagi.

AJL40 bakal dipentaskan pada Ahad ini bertempat di Unifi Arena, Bukit Jalil.

10 karya tempatan akan bersaing merebut gelaran juara antaranya Tiwikarma dendangan kumpulan K.O.I, Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid) Kamu (Aina Abdul), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie) dan Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo,  dan Salammusik).

Turut berentap adalah lagu Tak Adil hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi Aisha Retno, Nurcinta (Amir Masdi) Lemah (Dayang Nurfaizah), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan) dan Semacam Pandora (Hazama).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×